Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan 15888 (mySMS 15888) merupakan inisiatif Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bermula pada tahun 2008 sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Syarikat DAPAT Vista (M) Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan tunggal SMS Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan, operasi dan penyelenggaraan mySMS 15888 serta memperluas pelaksanaan sistem mySMS 15888.
SMS Maklumat Atas Permintaan (IOD)
Contoh: Semakan status saman, status pengambilan ubat, status permohonan lesen dan keputusan peperiksaan.
SMS Dokumen Atas Pemintaan (DOD)
Contoh: Borang Permohonan Pengecualian Kursus, Brosur dan Peta.
SMS Hebahan
Contoh: Hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu.
SMS Aduan
Contoh: Aduan kaunter, aduan jalan rosak, dan cadangan perkhidmatan agensi.
SMS RSVP
Pengguna boleh memberi maklum balas kehadiran menerusi SMS bagi aktiviti yang akan dijalankan.
SMS API
Perkhidmatan SMS intergrasi dengan sistem webservice Agensi Kerajaan yang telah sedia ada bagi memudahkan penghantaran dan penerimaan teks pesanan ringkas.
Jenis Perkhidmatan | Caj |
---|---|
|
Kos ditanggung oleh Agensi Kerajaan
|
|
Kos ditanggung oleh pengguna (orang ramai)
|
|
Kos Hebahan ditanggung oleh Agensi
|
|
SMS IOD
Kos ditanggung oleh pengguna (orang ramai)
SMS Hebahan
|
Syarikat DAPAT Vista telah diberikan kebenaran untuk menggunakan nombor kod 15888 bagi pelaksanaan perkhidmatan MySMS Kerajaan melalui surat MAMPU. 700-2/3/1 JLD.3 (45) bertarikh 25 Jun 2020. Kebenaran diberi dari tarikh surat sehingga 31 Disember 2022.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03 7806 2755 atau emel kepada bizsolutions@dapat.com
Jika anda berminat membuat permohonan perkhidmatan mySMS 15888, sila klik butang di bawah: