Wednesday, September 08, 2010
  |  Login
DAPAT Newsline * Majlis Pelancaran RakanBH

Majlis Pelancaran Komuniti Interaktif RakanBH menjadi realiti melalui perkhidmatan SMS dan MMS DAPAT

Dalam usaha Berita Harian memberikan ruang kepada orang ramai memberikan pandangan atau melaporkan kejadian di sekeliling mereka, DAPAT Vista telah berjaya membuktikan kemampuan perkhidmatan sistem interaktif mudah alihnya melalui sambutan menggalakkan apabila lebih 350 orang mendaftar dalam tempoh beberapa jam selepas ianya dilancarkan pada 10hb April baru-baru ini.

Perkhidmatan Komuniti Interaktif RakanBH ini adalah usahasama Berita Harian serta DAPAT Vista (M) Sdn Bhd bagi memudahkan maklumat dan gambar dapat dikongsi dengan orang ramai dan pembaca.

Majlis Pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Hishamuddin Aun. Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail; Pengarang Eksekutif Harian Metro Ahad, Encik Mustapha Omar, Presiden DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, Sabri Ab Rahman; Pengerusi DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, Datuk Syed Hussian Syed Junid; Pengerusi Kumpulan Television Airtime Services Sdn Bhd, Datuk Ruslan Ali Omar dan Naib Presiden DAPAT Vista (M) Sdn Bhd,  Azli Paat.


1 | 2

Minimize
Newspaper Articles